Just Stay at Home and Read Promotion: Use Coupon Code UUM2020 at Checkout
40
Ekonomi Internet: Konsep, Dampak, Pengukuran & Strategi Pengurusan
RM27.60 RM46.00
Ekonomi Internet: Konsep, Dampak, Pengukuran & Strategi Pengurusan
Price RM27.60 RM46.00
Product SKU 9789675311390
Availability In Stock
Quantity
Description

Ekonomi Internet: Konsep, Dampak, Pengukuran & Strategi Pengurusan

Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin, 2009

ISBN 978-967-5311-39-0, 264 hlm., RM 46.00

 

Buku ini menjelaskan evolusi ekonomi negara daripada ekonomi berasaskan pengeluaran (p-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), dengan mengetengahkan peranan ekonomi internet dalam evolusi tersebut. Ilmu dan teknologi turut memainkan peranan penting sebagai laluan pembangunan ekonomi internet dan taksonomi ekonomi internet.

 

Seterusnya, buku ini menghuraikan dampak ekonomi internet dalam konteks bisnes, global, sosial, dan etika di peringkat global dan nasional. Dalam konteks bisnes, dampaknya ialah kemunculan model bisnes baru dengan wujudnya e kedai, e-pembayaran, e-perolehan, e-lelong dan e-lelong terbalik, pembroker maklumat, dan model bisnes usahasama. Dalam konteks global, isunya ialah globalisasi perisian dan produk jurang digital global, komuniti global, dan penghomogenan budaya. Dampak ke atas sosial diulas dalam konteks perasaan anggota masyarakat yang berasa mempunyai kuasa ke atas objek maklumat.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews