10
Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan
RM27.00 RM30.00
Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789672363378
Size (L x W x H) 33 cm x 26 cm x 1.5 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan

Editor: Rohana Abdul Rahman, Ahmad Shamsul Abd Aziz & Yusramizza Md Isa@Yusuff, 2020

ISBN 978-967-2363-37-8, 166 hlm, RM30.00

 

Buku Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan memaparkan isu perundangan yang bersifat global dan semasa. Isu perundangan terpilih dicerakin dengan menitikberatkan pengulasan aspek undang-undang yang relevan serta berteraskan prinsip kemanusiaan. Bagi memudahkan pembacaan, perbincangan isu perundangan dikemukakan di bawah empat tema khusus iaitu perencanaan perlindungan terhadap pekerja, intervensi statutori dalam melestarikan kepentingan awam, tadbir urus keluarga dan harta serta keadilan terhadap populasi rapuh.

 

Sepanjang zaman peradaban, manusia tidak sunyi daripada masalah-masalah dan isu perundangan. Isu perundangan seolah-olah tekal tanpa batasan masa dan tempat. Isu perundangan perlu ditangani kerana berpotensi menjejaskan pekerjaan, kesihatan, hubungan peribadi, perlindungan dan keselamatan yang merupakan kunci utama kesejahteraan manusia. Pengupasan isu perundangan dan undang-undang yang relevan merupakan prasyarat tindak balas dan pendekatan penyelesaian yang ampuh.

 

Buku ini berkeupayaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pembaca terhadap struktur serta kepentingan undang-undang kepada kehidupan manusia secara amnya dan manifestasi pengaruh undang-undang dalam bidang tertentu yang menjadi perhatian masyarakat secara khususnya. Oleh sebab itu, buku ini sangat penting sebagai rujukan kepada para penggubal polisi, pengamal undang-undang, intelektual dan pelajar undang-undang. Selain itu, buku ini sesuai dibaca oleh orang awam yang berminat dengan isu perundangan. Gaya penulisan yang mudah difahami, memudahkan pembaca memanfaatkan maklumat yang disampaikan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews