✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
RM52.20 RM58.00
Daerah Kuala Muda: Sejarah Pusat-Pusat Pentadbiran Kota Kuala Muda & Sungai Petani 1905-1957
Price RM52.20 RM58.00
Product SKU 9789670876088
Availability In Stock
Quantity
Description

Daerah Kuala Muda: Sejarah Pusat-Pusat Pentadbiran Kota Kuala Muda & Sungai Petani 1905-1957

K. Nadaraja, 2022

ISBN 978-967-0031-09-5, 233 hlm., RM100.00 (Hardcover)

ISBN 978-967-0876-08-8, 233 hlm., RM58.00 (Softcover)

Buku ini membincangkan beberapa peristiwa penting yang telah membentuk sejarah Daerah Kuala Muda dalam tempoh masa 50 tahun pertama, sejak pengenalan sistem pentadbiran moden Kedah pada 1905 sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Ianya mengetengahkan perkembangan pusat pentadbiran Daerah Kuala Muda, iaitu, Kota Kuala Muda dan Sungai Petani. Penceritaan bermula dengan menunjukkan transformasi Kota Kuala Muda dari sebuah wilayah feudal kepada sebuah pusat pentadbiran moden.

 

Perkembangan sejak tahun 1905 juga telah memperlihatkan penubuhan beberapa buah pejabat awam termasuk pelantikan pegawai kerajaan untuk menguruskan tugas hal ehwal pentadbiran daerah tersebut. Buku ini juga memfokuskan kemunculan Sungai Petani sebagai pusat pentadbiran baru pada 1915 untuk menggantikan Kota Kuala Muda. Ia telah membabitkan pembinaan sebuah pekan baharu, termasuk jalan raya, jalan kereta api, binaan bangunan serta pembukaan dan penerokaan tanah untuk pertanian dan perladangan. Kajian ini turut membincangkan beberapa aspek kependudukan Jepun diikuti dengan peristiwa darurat dan bagaimana kedua-dua peristiwa itu telah menjejaskan kehidupan rakyat di daerah ini. Secara ringkas, buku ini menggambarkan cabaran, kesengsaraan dan kejayaan yang susuri di Daerah Kuala Muda suatu ketika dahulu.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews