RM22.50 RM25.00
Covid-19 : Jaminan Bekalan Makanan B40
Price RM22.50 RM25.00
Product SKU 9789672486602
Availability In Stock
Quantity
Description

Covid-19 : Jaminan Bekalan Makanan B40

Ahmad Zubir Ibrahim &  Nur Nasuha Mazlan, 2021

ISBN 978-967-2486-60-2, 83 hlm., RM25.00

COVID-19 merupakan penyakit yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di dunia pada 11 Mac 2020. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sejak 18 Mac 2020 mengakibatkan implikasi yang besar kepada kehidupan golongan mudah terjejas atau B40 khususnya bagi pekerja harian yang tiada gaji, buruh upahan dan pekerja kontrak didapati sukar dan berhadapan dengan tekanan ekoran sumber pendapatan yang terputus.

 

Sumber pendapatan yang tidak menentu dan terjejas ekoran daripada situasi getir ini menyebabkan mereka perlahan-lahan menjadi golongan miskin. Kekurangan tabungan dan pemilikan aset kehidupan yang dimiliki memberikan kesan dan tekanan untuk mereka berhadapan dengan situasi yang cukup mencabar. Kehilangan sumber pendapatan, terputus bekalan makanan sepanjang tempoh ini juga merubah warna kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, monograf ini menyingkap aspek jaminan makanan golongan B40 secara khusus dalam mengharungi detik sukar berhadapan dengan pandemik yang sedang melanda dunia.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews