✿◕‿◕✿ #StayAtHome #KitaMestiMenang #jagajarak #socialdistancing #disiplindiri #selfdiscipline #penjarakansosial #staysafe
5% additional discounts when using coupon code UUM20 upon checking out
10
COVID-19: Ibrah dari Sebuah Pengalaman
RM25.20 RM28.00
COVID-19: Ibrah dari Sebuah Pengalaman
Price RM25.20 RM28.00
Product SKU 9789672486213
Availability In Stock
Quantity
Description

COVID-19: Ibrah dari Sebuah Pengalaman

Khairol Anuar Ahmad, 2020

ISBN 978-967-2486-21-3, 163 hlm., RM28.00

 

Tiada siapa pernah menyangka bahawa pandemik Covid-19 yang melanda dunia ini merupakan satu wabak yang amat dahsyat dan tidak berkesudahan. Sesungguhnya seseorang yang ditimpa musibah ini pasti mempunyai pengalaman yang tersendiri.

 

Sebagai pesakit Covid-19 yang dikategorikan sebagai kritikal, saya dirawat selama 36 hari dan diberikan bantuan pernafasan. Saya dan isteri mencatatkan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan ini sebagai catatan diari dan memori peribadi untuk dikongsi bersama pembaca.

 

Catatan pengalaman ini boleh menjadi ibrah (pengajaran) kepada semua pembaca. Selain itu, saya juga catatkan beberapa hikmah sakit dalam syariat Islam dan sejarah kalangan anbiya’ yang ditimpa sakit di samping doa-doa pilihan menolak wabak. Harapan saya semoga penulisan ini menjadi manfaat kepada semua pembaca.

 


Khairol Anuar bin Ahmad berkelulusan BA Universiti al-Azhar Mesir dan MA Universiti Malaya. Bertugas di Institut Latihan Perindustrian Jitra (ILP) sebagai pensyarah Pendidikan Islam. Berguru dengan beberapa guru terkenal ketika menyambung pengajian di Damsyiq antaranya ialah Syeikh Prof. Dr. Mohd Abdul Latif Soleh al-Farfur, Syeikh Adnan Haqqi, Syeikh Yusuf Yaacob dan beberapa Syeikh terkenal di kota Damsyiq, Syria.

 

Berpengalaman menjadi ahli panel di Persidangan Haji Antarabangsa anjuran Kementerian Haji Arab Saudi pada tahun 2012. Terlibat dalam aktiviti dakwah ketika bertugas di Ipoh, Perak sebagai Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Perak dan Pengerusi Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI) Cawangan Perak. Kini sering menyampai kuliah di masjid sekitar Kubang Pasu, Kedah.

 

Menghasilkan beberapa penulisan yang diterbitkan oleh beberapa penerbit antaranya ialah; Imam Nawawi Permata dari Kota Damsyiq, Nilai Masa dalam Kehidupan Muslim: Dr Yusuf Qardhawi (Terjemahan) dan Al-Aqsa di Hati Kami. Menubuhkan agensi pelancongan bersama dengan rakan yang dikenali sebagai Suhbah Travel & Tours Sdn. Bhd. (STT).

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews