10
Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia
RM27.00 RM30.00
Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789672064831
Size (L x W x H) 22.86 cm x 15.24 cm x 0.2 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia

Che Su Mustaffa & Rohani Haji Ab. Ghani, 2018

ISBN 978-967-2064-83-1, 111 hlm., RM 30.00

 

Buku ini merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan ‘wira yang tidak didendangkan’ kerana tidak ramai yang mengenali beliau berbanding dengan sumbangan yang begitu besar terhadap sejarah penyiaran negara. Buku ini menghuraikan sejarah hidup Dol Ramli sejak kecil di Singapura, persekolahan dan pendidikan di universiti. Seperti diakuinya dalam satu temu bual, kemiskinan dan kesusahan semasa kecil merupakan pendorong kepada kejayaannya. Ranjau hidup itulah yang memberikan kekuatan kepada beliau untuk mencari peluang bagi mengubah nasibnya.

 

Pencapaian Dol Ramli dalam dunia penyiaran didorong oleh minatnya yang tinggi, pengalaman bertugas dengan dunia penyiaran semasa penjajah dan juga kesedaran nasional yang mendalam. Semasa hayatnya beliau bertanggungjawab menyusun jabatan penyiaran bagi tujuan mengisi kemerdekaan negara terutama dalam menyampaikan mesej kerajaan supaya difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat.

 

Dol Ramli merupakan arkitek penyiaran Malaysia yang disifatkan mempunyai pelbagai bakat seni. Berbekalkan kepada keazaman, bakat dan dedikasi dalam pelajaran dan karier, Dol berjaya mengukir kejayaan bukan sahaja dalam bentuk pencapaian peribadi, malah yang lebih penting membentuk hala tuju bidang penyiaran negara yang kini menjadi legasi peninggalannya.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews