RM34.20 RM38.00
Belia Berintegriti dalam Pembentukan Negara Bangsa
Price RM34.20 RM38.00
Product SKU 9789672486497
Availability In Stock
Quantity
Description

Belia Berintegriti dalam Pembentukan Negara Bangsa

Editor: Selamah Maamor, Nor Hanim Elias & Ahmad Bashir Aziz, 2021

ISBN 978-967-2486-49-7, 255 hlm., RM38.00

 

Belia merupakan antara aset terpenting negara bagi menyambung warisan kepimpinan negara pada masa akan datang. Umum mengetahui bahawa para pemimpin datang dan pergi silih berganti. Mereka meninggalkan warisannya untuk disambung oleh bakal pemimpin yang akan meneruskan segala tanggungjawabnya kepada negara. Oleh sebab itu, belia yang bakal menjadi pemimpin haruslah peka dengan cabaran yang akan dihadapi dan bersedia memainkan peranan mereka untuk memajukan negara dan anak bangsa.

 

Belia memainkan peranan penting dalam proses ini sebagai warganegara masa depan dan sebagai individu. Ini ialah peranan penting kerajaan untuk memastikan bahawa keperluan warga belia diambil kira dalam semua dasar kerajaan dan membuat keputusan bagi menyediakan belia dengan pentas yang sesuai. Seterusnya, kerajaan hendaklah menyemai dan memupuk masyarakat yang mempunyai pemikiran matang dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang menjalani kehidupan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, buku ini diolah bagi menjawab persoalan dan permasalahan yang dibincangkan bagi mentransformasikan hasrat pembangunan belia yang sebenar dan berkesan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews