Asas Keusahawanan: Teori, Praktis dan Kontemporari
Shuhymee Ahmad, Syahrina Abdullah, Armanurah Mohamad, Azrain Nasyrah Mustapa, Azahari Ramli, Abdul Rahman Jaaffar, Norashidah Hashim, Maliani Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamad Yusop Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita Deraman, Mohd Sufli Yusof, Shahrina Othman, Sahadah Hj Abdullah, Shamsul Huda Abd. Rani, Mohd Syahrir Rahim & Zahari Mohamed, 2023
ISBN 978-629-7582-25-2, 401 hlm., RM48.00
Buku ini merupakan olahan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus teras universiti iaitu Asas Keusahawanan (BPME1013) yang ditawarkan di Universiti Utara Malaysia oleh Pusat Pengajian
Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM. Matlamat utama buku ini adalah sebagai rujukan pelajar di samping bahan-bahan rujukan lain daripada sumber-sumber yang relevan dan sah.
Buku ini mengandungi 11 bab yang merangkumi tajuk-tajuk terkini dalam sukatan mata pelajaran Asas Keusahawanan. Kandungan buku ini disediakan oleh para pensyarah dan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan yang mana di antaranya telah mengajar dalam tempoh lebih satu dekad di Universiti Utara Malaysia.
Buku Asas Keusahawanan ini adalah dirancang dan disusun sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Buku ini telah dirangka kandungannya selari dengan hala tuju dalam membentuk graduan yang holistik, seimbang dan berciri keusahawanan seterusnya bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK).