RM25.20 RM28.00
Artikel Pilihan Covid-19. Siri 1
Price RM25.20 RM28.00
Product SKU 9789672486299
Availability In Stock
Quantity
Description

Artikel Pilihan Covid-19. Siri 1

Penyusun: Asrol Anuar Ramli, Azizan Ismail @ Ariffin, Farah Mat Din, Siti Nur Dina Johary, Siti Noor Aishah Zanudin, Mohd Shamaizar Maudin, 2021

ISBN 978-967-2486-29-9, 226 hlm., RM28.00

 

Coronavirus 2019 juga dikenali sebagai pandemik Covid-19 ialah pandemik penyakit yang berterusan secara global berpunca daripada Coronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2). Covid-19 adalah spesies baru daripada keluarga Coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah jangkitan salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa pada 11 Mac 2020. Sehingga 30 Ogos 2020, lebih daripada 25.3 juta kes Covid19 telah dilaporkan di lebih 188 buah negara, mengakibatkan lebih dari 843,000 kematian; lebih daripada 16.4 juta orang telah pulih.

 

UUM Press mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan penulisan artikel berkaitan pandemik Covid-19 ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan penularan dan bahaya pandemik ini. Himpunan artikel yang ditulis dalam genre ilmiah dan kreatif ini dibukukan sebagai bahan pembacaan semua lapisan masyarakat.

 

Covid-19. Rakaman pengalaman, pengajaran, pendidikan dan pengetahuan telah terpahat dalam ingatan yang tidak mampu kita lupakan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews