Apresiasi Imej Manusia dalam Sajak
Maniyamin Ibrahim, 2023
ISBN 978-629-7582-31-3, 205 hlm., RM40.00
Buku ini merupakan himpunan esei kritikan dan makalah yang pernah dibentangkan di beberapa seminar kesusasteraan di dalam dan di luar negara. Isi kandungannya sesuai untuk bacaan para pelajar sekolah menengah, mahasiswa universiti, para penulis, pengkritik dan masyarakat umum. Dengan bahasa yang mudah, pengarang berusaha memaparkan gambaran masyarakat, persekitarannya dan tanggapan penyair terhadap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.
Gambaran ini penting kepada pembaca, khususnya mereka yang sering berdepan dengan khalayak dan sebagai teladan kepada pembaca untuk membina tamadun hidupnya. Walaupun sederhana, diharapkan buku ini dapatmemberikan gambaran akan gerak nadi masyarakat pada zamannya.