Antologi Puisi: Dalam Batu
Shukran Majid Teasah, 2018
ISBN 978-967-2210-10-8, 216 hlm., RM29.00
Puisi hanyalah kata yang lahir, dan hanya menunjukkan nasib seorang penulis. Orang hanya membaca tapi para penulis bercakap dengan hidup, antara kelangsungan sebuah suka atau sebuah duka yang tidak tertanggung.
Antologi Puisi Dalam Batu ialah cebisan perasaan penulis sepanjang jarak usia tiga puluhan meniti empat puluhan, dan puisi ini dilukis dalam hayat yang semakin mengecil dan menipis. Banyak kegagalan daripada kejayaan, dan sebagai penulis kecil, Antologi Puisi Dalam Batu merupakan bingkisan deria yang banyak terhakis. Mata yang semakin rabun, dan kehidupan seumpama dedaunan pohonan getah yang gugur di musim kemarau.
Antologi Puisi Dalam Batu ini sebagai kasih penulis kepada dunia sastera. Sepanjang penulisan ini, detik penghayatan penulis hanyalah untuk mencungkil ketinggalan dan meletak setiap perasaan dan pengamatan ke kertas putih baik ia serangkap sajak, sehelai cerita pendek atau ratusan helai buku cerita.