Buku ini memuatkan kajian yang bertujuan meninjau hubungan antara pendekatan belajar dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Inventori Pendekatan Belajar yang dibina oleh Entwistle dan Tait (1992) dan dikenali sebagai “Revised Approaches to Studying Inventory (RASI)” telah diubahsuai oleh pengkaji dan digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berbentuk kajian kes ini melibatkan 223 pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Pendidikan di Universiti Utara Malaysia sebagai responden.
Tiga dimensi pendekatan belajar telah dikaji, iaitu pendekatan permukaan, pendekatan mendalam dan pendekatan strategi. Analisis data juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan belajar dengan pencapaian akademik pelajar.