List of Books arrow Economics arrow AGENDA ICT KE ARAH PEMBANGUNAN K-EKONOMI MALAYSIA

AGENDA ICT KE ARAH PEMBANGUNAN K-EKONOMI MALAYSIA

ISBN: 983-3282-39-3
( Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin )
RM 96.00
RM 19.20
You Save: 80.00%

Year : 2005

Pages : 214

Justifikasi bagi pembentukan k-Ekonomi telah dijelaskan secara tidak langsung dalam Wawasan 2020. Pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC) pada pertengahan tahun dekad 1990-an dan diikuti dengan pengenalan konsep k-Ekonomi dalam wacana pengurusan dan pembangunan ekonomi negara pada lewat dekad 1990- an serta pelancaran Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (PIEBP) pada awal tahun 2000 oleh kerajaan telah menjadi landasan bagi ekonomi negara untuk mencapai status k-Ekonomi menjelang tahun 2020. Malah k-Ekonomi akan menjadi paradigma pembangunan ekonomi negara pada alaf ini. Buku ini, membincangkan kajian berkaitan laluan pembangunan k-Ekonomi dan agenda Information and Communication Technology (ICT) di Malaysia berdasarkan teras strategik dalam PIEBP serta tahap pencapaian program MSC khususnya aplikasi perdananya. Di samping itu penulis juga membincangkan peranan infrastruktur dan infostruktur dalam pembangunan K-ekonomi dan Ekonomi Digital. Walau bagaimananpun, berdasarkan petunjuk terpilih daripada World Competitiveness Yearbook (IMD), Human Development Index (UNDP), Digital Access Index (ITU), World Telecommunication Indicators (ITU), World Development Report (World Bank), Press Freedom Index (Reporters Without Border) dan Freedom House Index (Freedom House), Malaysia masih kekurangan dalam beberapa prasyarat ke arah pencapai status k-ekonomi.


Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

You may also be interested in this/these product(s)