topheader_uum
VTEM Banners
List of Books arrow Business Management arrow PENGURUSAN ZAKAT TANAMAN PADI

PENGURUSAN ZAKAT TANAMAN PADI

ISBN: 978-967-2064-24-4
( Alias Azhar & Mohammad Azam Hussain )
RM 27.00
RM 24.30
You Save: 10.00%
PENGURUSAN ZAKAT TANAMAN PADI

Alias Azhar & Mohammad Azam Hussain

ISBN 978-967-2064-24-4

Year: 2017

Pages: 152

Zakat pertanian merupakan antara sumber zakat yang penting di Malaysia. Hal ini kerana sektor pertanian antara sektor utama yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi di Malaysia di samping sektor perkhidmatan dan sosioekonomi masyarakat Malaysia juga antaranya berasaskan pertanian. Pertubuhan kutipan zakat di Malaysia telah pun menjalankan kutipan zakat hasil tanaman atau pertanian demi merealisasikan tuntutan syariat.

Hasil pertanian yang wajib dikeluarkan di Malaysia ialah hasil pertanian yang berbentuk makanan asasi (qut al-balad) dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri. Pentakrifan inilah yang diperjelaskan oleh kebanyakan pusat pungutan zakat negeri di Malaysia seperti Kedah (Lembaga Zakat Negeri Kedah), Selangor (Lembaga Zakat Selangor), Melaka (Pusat Zakat Melaka), Pahang (Pusat Kutipan Zakat Pahang) dan lain-lain. Dalam konteks Malaysia dimaklumi bahawa makanan asasi masyarakatnya beras ataupun padi. Oleh sebab itu, zakat tanaman adalah diwajibkan ke atas padi apabila telah sempurna syarat-syaratnya.

Zakat tanaman suatu perkara yang penting dalam Islam yang menjadi salah satu ibadat sebagai bukti ketaatan kepada Allah, bahkan mendatangkan kemaslahatan dalam kehidupan umat Islam. Memperkasakan zakat sama seperti memperkasakan umat Islam. Pemerkasaan zakat pertanian dapat memberikan beberapa faedah antaranya, mempertingkatkan taraf sosioekonomi umat Islam, menjamin pusingan kekayaan dalam kalangan masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan terutamanya fakir miskin. Disebabkan itulah setiap bidang pengurusan zakat padi perlu diperkemaskan dari sudut tadbir urus, kaedah kutipan dan agihan zakat serta mempertingkatkan produktiviti zakat tanaman padi. Buku ini memberikan beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian dalam usaha memperkasakan zakat pertanian khusus tanaman padi di negeri Kedah. Oleh sebab itu, perlu adanya kerjasama erat antara pengusaha sawah dengan pihak pengurusan pertanian serta pentadbir zakat negeri Kedah dalam merealisasikan cadangan serta idea yang telah dikemukakan.

Customer Reviews:

There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

You may also be interested in this/these product(s)

RM 24.00
RM 19.20
You Save: 20.00%

New Release
RM 46.00
RM 41.40
You Save: 10.00%
RM 40.00
RM 36.00
You Save: 10.00%
RM 18.00
RM 16.20
You Save: 10.00%
RM 28.00
RM 25.20
You Save: 10.00%
RM 32.00
RM 28.80
You Save: 10.00%
RM 50.00
RM 45.00
You Save: 10.00%
RM 55.00
RM 49.50
You Save: 10.00%
RM 24.00
RM 21.60
You Save: 10.00%
RM 37.00
RM 33.30
You Save: 10.00%
RM 25.00
RM 22.50
You Save: 10.00%
RM 34.00
RM 30.60
You Save: 10.00%
Discounted Books
Advance Search
Shopping Cart
Ekoweb Your Cart is currently empty.

Best Sellers
kaedah300
 
kaedahanalisis300
 
cnkaziz
 
bangsanew